Monday, 23 September 2013

Majlis Anugerah Kokurikulum 2013

Persatuan kadet polis SMKPS sekali lagi telah diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah bagi membuka Majlis Anugerah Kokurikulum 2013 dengan persembahan kawad kaki. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Batu Pahat, Encik Adnan Md Yassin. Tahniah kepada ahli kadet!


Majlis Anugerah Ko-kurikulum SMKPS 2013

     SMK Penghulu Saat baru-baru ini menganjurkan majlis anugerah kokurikulum bertempat di dataran kejat sekolah berkenaan. Majlis dirasmikan Pegawai Kebajikan Masyarakat Batu Pahat, Encik Adnan Md Yassin. Didalam majlis tersebut, pasukan kor kadet polis sekali lagi telah diberi penghormatan bagi memperagakan persembahan kawad kaki. Platun kadet polis yang diketuai oleh Sarjan Siti Norhamizah binti Sa'audi telah berlatih selama seminggu bagi mendapatkan keseragaman demi memberikan persembahan yang terbaik. Tahniah kepada ahli-ahli kadet!

Penuh semangat

Serius didalam memberikan persembahan

Sunday, 1 September 2013

Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis Daerah Batu Pahat

Mendirikan Khemah
    Pada 1-4 September yang lalu, Kor Kadet Polis Batu Pahat telah menganjurkan perkhemahan tahunan bagi ahli-ahli kadet daerah ini. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan. SMK Penghulu Saat telah menghantar seramai 10 orang ahli kadet bagi menyertai aktiviti tersebut. 
    Ahli-ahli kadet telah berhimpun di IPD Batu Pahat seawal jam 7.30 pagi bagi mendengar taklimat dan arahan dari SM Ramlan. Kemudian pelajar bertolak ke Ulu Bendul tepat pada jam 10.30 pagi menaiki trak polis. Setiba disana, pelajar mendirikan khemah dan menyiapkan diri bagi mengikuti aktiviti seterusnya. 
Makan malam secara berjemaah
     Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memberi impak positif terhadap aktiviti perkhemahan ini. Akitiviti-aktiviti tersebut telah dikendali oleh fasilitator polis, guru-guru dan anggota PGA yang dijemput khas. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan seawal 6.00 pagi dan berakhir hingga 10 malam. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah solat subuh berjemaah, kuliah subuh, senaman pagi, explore race, membaca dan mencari arah kompas, masakan ala hutan, malam kebudayaan dan kembara mimpi (kawalan malam).

      Aktiviti perkhemahan ini amat berguna kepada pelajar kerana ia mengajar mereka ikhtiar hidup (survival skills) terutamanya dalam keadaan-keadan terdesak disamping menguatkan mental dan fizikal mereka. Pelbagai rintangan yang mereka hadapi seperti terpaksa tidur di dalam khemah yang basah akibat hujan, makan ala kadar (masak sendiri) akibat jadual yang padat dan sebagainya. Tahniah kepada ahli-ahli kadet SMKPS kerana anda berjaya mengharungi 4 hari yang getir dengan penuh semangat!

Membaca dan mencari arah kompas
Masakan ala hutan
Taklimat dari anggota PGA
Malam kebudayaan
Bergambar sebelum balik