Pasukan
Kadet PDRM
Pasukan Kadet Polis Diraja
Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah
menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan
berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu
merugikan diri sendiri.
Sejarah
Idea penubuhan kadet polis ini
telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed
Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac
1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:
"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen
of the future. He must yield a strong and healthy influence among his
colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new
breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."
Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang
warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu
pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan
dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka
barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.
Ahli-ahli Kadet dan Pegawai
Rendah Kadet akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih
untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah
tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi
kemudahan pentadbiran.
Organisasi
Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet
Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis
dibahagikan kepada Kompeni dan Platun. Setiap pelatun itu mengandungi
anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya semua
lelaki atau semua perempuan. Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan
diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant
Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan
Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat
Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.
Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak
di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. Satu pelatun adalah
terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan
dan tiga orang koperal. Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru
sekolah dan yang lain penuntut sekolah.
Tujuan
penubuhan
Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"
Generasi muda diperhitungkan
sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang
belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik,
mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia
yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.
Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
- Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
- Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
- Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah.
Matlamat
Penubuhan
Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP adalah
berikut:-
- Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugas-tugas Polis pada amnya
- Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar sekolah
- Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan undang-undang
- Memupuk perasaan tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam hal-hal keselamatan
- Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan hubungan erat di antara Polis dengan orang awam
- Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan
- Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental
Latihan/Keahlian
Keahlian pertubuhan ini hanya
dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun
hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan
dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka yang terpilih akan dibekalkan
dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain
daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun. Antara
latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:-
- Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki.
- Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
- Pertolongan Cemas
- Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya
- Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali.
- Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.
No comments:
Post a Comment