Platun Kadet Polis SMKPS sekali lagi mengharumkan nama sekolah
apabila muncul naib johan didalam Pertandingan Kawad Kaki sempena sambutan Hari Kor Kadet Polis kali ke 43 yang
berlangsung di SMK Suria Perdana hari ini.
Platun yang diketuai oleh Ketua Platun, Siti Norhamizah Sa’audi
berjaya mempamerkan persembahan mantap dan berjaya memperoleh markah 92
peratus manakala johan disandang oleh Platun SM Agama Parit Raja, yang
mendapat 92.5 peratus. SMKPS merupakan johan tahun lalu. Tempat ketiga
disandang SMK Permata Jaya. Sebanyak 18 platun telah mengambil bahagian
dalam kategori perempuan. Meskipun tidak dapat mempertahankan kejuaraan
namun, markah yang diperoleh lebih baik berbanding tahun lalu ketika
platun ini merangkul Johan dan ini merupakan petanda baik bahawa
prestasi setiap platun yang bertanding telah mempamerkan persembahan
yang lebih cemerlang.
Ketua Guru Penasihat Kadet Polis SMKPS, Encik Hatta Munse Mohsin
melahirkan rasa gembira atas kejayaan ini. Beliau yang baru tahun ini
menjadi ketua guru penasihat berharap ahli platun tidak kecewa kerana
gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu. Menurut beliau, platun telah
memberikan persembahan mantap dan telah bekerja keras berlatih hampir
setiap hari sejak Februari lalu. Tahniah kepada ahli kadet!
![]() |
Bersama piala kemenangan |
![]() |
No comments:
Post a Comment