Wednesday, 30 October 2013

Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Batu Pahat

SMK Penghulu Saat sekali lagi dinobatkan sebagai sekolah terunggul apabila  kontinjen Kadet Polis telah menjulang kejayaan dalam pertandingan menembak yang diadakan di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka. Pasukan ini diiringi oleh guru pengiring Inspektor Kehormat Hatta Munse bin Mohsin dan Inspektor Kehormat Sahri bin Othman yang turut sama diberi peluang menembak dalam 2 posisi (meniarap & duduk) dan menghabiskan 20 butir peluru seorang dalam jarak 100 meter.

Empat orang gadis manis yang telah membawa kejayaan kepada sekolah

Pertandingan ini telah disertai oleh empat orang gadis manis yang mempunyai semangat juang yang tinggi iaitu Nurul Sakina bt July, Nur Hasmiera bt Nordin, Nurin Nazila bt Sahlan , dan Nor Habibah bt Nor Hashim.

Aksi seorang juara

Nurul Sakina binti July telah dinobatkan sebagai Johan kategori Perempuan . Gadis bertubuh kecil ini ketika ditemui meluahkan rasa  gembira dengan kejayaan yang dirangkulnya dan merupakan kenangan yang terindah dalam hidupnya sebelum meninggalkan SMK Penghulu Saat . Selain kejayaan dalam kategori individu, pasukan Kadet Polis SMK Penghulu Saat juga merangkul tempat  ke-2 dalam kategori berpasukan. Mereka semua ternyata sangat gembira kerana mendapat pengalaman menembak menggunakan senjata M-16 dengan peluru hidup. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buat mereka kerana ia bukanlah sesuatu yang dapat dialami oleh semua orang. Syabas kadet!!

Bersama guru-guru penasihat

Wednesday, 23 October 2013

Latihan Pasang Siap Senjata Kor Kadet Polis

Pada 23 Oktober yang lalu, empat orang ahli kadet telah mengikuti latihan pasang siap senjata (M16) di IPD Batu Pahat. Latihan yang bermula pada jam 2.30 petang telah dikendali oleh 2 orang anggota polis bahagian senjata. Semua ahli kadet telah diberi penerangan tentang bahagian-bahagian senjata disamping langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian. Mereka juga telah diajar posisi-posisi menembak melalui demonstrasi dan praktikal. Ahli-ahli kadet kemudian diberi peluang memegang senjata dan diajar dua posisi menembak; meniarap dan duduk (praktikal). Latihan ini ada untuk memberi persediaan rapi kepada ahli kadet yang bakal menyertai pertandingan menembak yang akan diadakan pada 30 Oktober nanti. Syabas!  

Taklimat dari anggota polis
Memasang magazine


Posisi duduk
Posisi meniarap