SMK Penghulu Saat sekali lagi dinobatkan sebagai sekolah terunggul apabila kontinjen Kadet Polis telah menjulang kejayaan dalam pertandingan menembak yang diadakan di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka. Pasukan ini diiringi oleh guru pengiring Inspektor Kehormat Hatta Munse bin Mohsin dan Inspektor Kehormat Sahri bin Othman yang turut sama diberi peluang menembak dalam 2 posisi (meniarap & duduk) dan menghabiskan 20 butir peluru seorang dalam jarak 100 meter.
![]() |
Empat orang gadis manis yang telah membawa kejayaan kepada sekolah |
Pertandingan ini telah disertai oleh empat orang gadis manis yang mempunyai semangat juang yang tinggi iaitu Nurul Sakina bt July, Nur Hasmiera bt Nordin, Nurin Nazila bt Sahlan , dan Nor Habibah bt Nor Hashim.
![]() |
Aksi seorang juara |
Nurul Sakina binti July telah dinobatkan sebagai Johan kategori Perempuan . Gadis bertubuh kecil ini ketika ditemui meluahkan rasa gembira dengan kejayaan yang dirangkulnya dan merupakan kenangan yang terindah dalam hidupnya sebelum meninggalkan SMK Penghulu Saat . Selain kejayaan dalam kategori individu, pasukan Kadet Polis SMK Penghulu Saat juga merangkul tempat ke-2 dalam kategori berpasukan. Mereka semua ternyata sangat gembira kerana mendapat pengalaman menembak menggunakan senjata M-16 dengan peluru hidup. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buat mereka kerana ia bukanlah sesuatu yang dapat dialami oleh semua orang. Syabas kadet!!
![]() |
Bersama guru-guru penasihat |
No comments:
Post a Comment