Wednesday, 30 October 2013

Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Batu Pahat

SMK Penghulu Saat sekali lagi dinobatkan sebagai sekolah terunggul apabila  kontinjen Kadet Polis telah menjulang kejayaan dalam pertandingan menembak yang diadakan di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka. Pasukan ini diiringi oleh guru pengiring Inspektor Kehormat Hatta Munse bin Mohsin dan Inspektor Kehormat Sahri bin Othman yang turut sama diberi peluang menembak dalam 2 posisi (meniarap & duduk) dan menghabiskan 20 butir peluru seorang dalam jarak 100 meter.

Empat orang gadis manis yang telah membawa kejayaan kepada sekolah

Pertandingan ini telah disertai oleh empat orang gadis manis yang mempunyai semangat juang yang tinggi iaitu Nurul Sakina bt July, Nur Hasmiera bt Nordin, Nurin Nazila bt Sahlan , dan Nor Habibah bt Nor Hashim.

Aksi seorang juara

Nurul Sakina binti July telah dinobatkan sebagai Johan kategori Perempuan . Gadis bertubuh kecil ini ketika ditemui meluahkan rasa  gembira dengan kejayaan yang dirangkulnya dan merupakan kenangan yang terindah dalam hidupnya sebelum meninggalkan SMK Penghulu Saat . Selain kejayaan dalam kategori individu, pasukan Kadet Polis SMK Penghulu Saat juga merangkul tempat  ke-2 dalam kategori berpasukan. Mereka semua ternyata sangat gembira kerana mendapat pengalaman menembak menggunakan senjata M-16 dengan peluru hidup. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buat mereka kerana ia bukanlah sesuatu yang dapat dialami oleh semua orang. Syabas kadet!!

Bersama guru-guru penasihat

Wednesday, 23 October 2013

Latihan Pasang Siap Senjata Kor Kadet Polis

Pada 23 Oktober yang lalu, empat orang ahli kadet telah mengikuti latihan pasang siap senjata (M16) di IPD Batu Pahat. Latihan yang bermula pada jam 2.30 petang telah dikendali oleh 2 orang anggota polis bahagian senjata. Semua ahli kadet telah diberi penerangan tentang bahagian-bahagian senjata disamping langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian. Mereka juga telah diajar posisi-posisi menembak melalui demonstrasi dan praktikal. Ahli-ahli kadet kemudian diberi peluang memegang senjata dan diajar dua posisi menembak; meniarap dan duduk (praktikal). Latihan ini ada untuk memberi persediaan rapi kepada ahli kadet yang bakal menyertai pertandingan menembak yang akan diadakan pada 30 Oktober nanti. Syabas!  

Taklimat dari anggota polis
Memasang magazine


Posisi duduk
Posisi meniarap


Monday, 23 September 2013

Majlis Anugerah Kokurikulum 2013

Persatuan kadet polis SMKPS sekali lagi telah diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah bagi membuka Majlis Anugerah Kokurikulum 2013 dengan persembahan kawad kaki. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Batu Pahat, Encik Adnan Md Yassin. Tahniah kepada ahli kadet!


Majlis Anugerah Ko-kurikulum SMKPS 2013

     SMK Penghulu Saat baru-baru ini menganjurkan majlis anugerah kokurikulum bertempat di dataran kejat sekolah berkenaan. Majlis dirasmikan Pegawai Kebajikan Masyarakat Batu Pahat, Encik Adnan Md Yassin. Didalam majlis tersebut, pasukan kor kadet polis sekali lagi telah diberi penghormatan bagi memperagakan persembahan kawad kaki. Platun kadet polis yang diketuai oleh Sarjan Siti Norhamizah binti Sa'audi telah berlatih selama seminggu bagi mendapatkan keseragaman demi memberikan persembahan yang terbaik. Tahniah kepada ahli-ahli kadet!

Penuh semangat

Serius didalam memberikan persembahan

Sunday, 1 September 2013

Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis Daerah Batu Pahat

Mendirikan Khemah
    Pada 1-4 September yang lalu, Kor Kadet Polis Batu Pahat telah menganjurkan perkhemahan tahunan bagi ahli-ahli kadet daerah ini. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan. SMK Penghulu Saat telah menghantar seramai 10 orang ahli kadet bagi menyertai aktiviti tersebut. 
    Ahli-ahli kadet telah berhimpun di IPD Batu Pahat seawal jam 7.30 pagi bagi mendengar taklimat dan arahan dari SM Ramlan. Kemudian pelajar bertolak ke Ulu Bendul tepat pada jam 10.30 pagi menaiki trak polis. Setiba disana, pelajar mendirikan khemah dan menyiapkan diri bagi mengikuti aktiviti seterusnya. 
Makan malam secara berjemaah
     Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memberi impak positif terhadap aktiviti perkhemahan ini. Akitiviti-aktiviti tersebut telah dikendali oleh fasilitator polis, guru-guru dan anggota PGA yang dijemput khas. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan seawal 6.00 pagi dan berakhir hingga 10 malam. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah solat subuh berjemaah, kuliah subuh, senaman pagi, explore race, membaca dan mencari arah kompas, masakan ala hutan, malam kebudayaan dan kembara mimpi (kawalan malam).

      Aktiviti perkhemahan ini amat berguna kepada pelajar kerana ia mengajar mereka ikhtiar hidup (survival skills) terutamanya dalam keadaan-keadan terdesak disamping menguatkan mental dan fizikal mereka. Pelbagai rintangan yang mereka hadapi seperti terpaksa tidur di dalam khemah yang basah akibat hujan, makan ala kadar (masak sendiri) akibat jadual yang padat dan sebagainya. Tahniah kepada ahli-ahli kadet SMKPS kerana anda berjaya mengharungi 4 hari yang getir dengan penuh semangat!

Membaca dan mencari arah kompas
Masakan ala hutan
Taklimat dari anggota PGA
Malam kebudayaan
Bergambar sebelum balik

Wednesday, 3 July 2013

Hari Terbuka dan Keusahawanan SMKPS

    Hari Terbuka dan Keusahawanan selamat dilangsungkan hari ini. Seawal 7 pagi, ibu bapa mula hadir untuk berjumpa dengan guru-guru kelas untuk membincangkan aspek akademik anak-anak mereka.

    Sebanyak 18 gerai pula terlibat dengan jualan Hari Keusahawanan, membabitkan kelab, persatuan dan badan beruniform serta  beberapa buah  kelas. Antara barang yang diniagakan ialah nasi ayam, nasi kerabu, sate,  ice blended, otak-otak, makanan ringan dan jualan buku.

   Pasukan kor kadet polis juga tidak mahu ketinggalan dengan membuka gerai menjual aneka makanan dan minuman seperti nasi ambeng, cupcake, dan shake. Menjelang 11 pagi, barang jualan sudah habis dijual. Sambutan untuk gerai kadet polis amat menggalakkan.Syabas kepada ahli kadet!

Ahli-ahli kadet tersenyum lebar kerana jualan mereka sungguh laris

Thursday, 11 April 2013

Platun Kor Kadet Polis SMK Penghulu Saat Naib Johan Daerah Batu Pahat

   Platun Kadet Polis SMKPS sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila muncul naib johan didalam Pertandingan Kawad Kaki sempena sambutan Hari Kor Kadet Polis kali ke 43 yang berlangsung di SMK Suria Perdana hari ini.
   
   Platun  yang diketuai oleh Ketua Platun, Siti Norhamizah Sa’audi berjaya mempamerkan persembahan mantap dan berjaya memperoleh markah 92 peratus  manakala johan disandang oleh Platun SM Agama Parit Raja, yang mendapat 92.5 peratus. SMKPS merupakan johan tahun lalu. Tempat ketiga disandang SMK Permata Jaya. Sebanyak 18 platun telah mengambil bahagian dalam kategori perempuan. Meskipun tidak dapat mempertahankan kejuaraan namun, markah yang diperoleh lebih baik berbanding tahun lalu ketika platun ini merangkul Johan dan ini merupakan petanda baik bahawa prestasi setiap platun yang bertanding telah mempamerkan persembahan yang lebih cemerlang.

   Ketua Guru Penasihat Kadet Polis SMKPS, Encik Hatta Munse Mohsin melahirkan rasa gembira atas kejayaan ini. Beliau yang baru tahun ini menjadi ketua guru penasihat berharap ahli platun tidak kecewa kerana gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu.  Menurut beliau, platun telah memberikan persembahan mantap dan telah bekerja keras berlatih hampir setiap hari sejak Februari lalu. Tahniah kepada ahli kadet!

Bersama piala kemenangan


Saturday, 23 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG

Pasukan kadet polis SMK Penghulu Saat telah menyertai perbarisan statik sempena Mesyuarat Agung PIBG 2013. Pasukan kadet polis telah diberi penghormatan berada dibaris hadapan bagi menyambut ketibaan Datuk Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong. Syabas kepada ahli kadet!
Dauk Noraini sedang memeriksa barisan.

Sunday, 3 February 2013

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar



Program ini merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Penghulu Saat dan Jawatankuasa Kecemerlangan PMR & SPM sekolah. Bezanya tahun ini ia diadakan di luar kawasan sekolah iaitu di Dewan Serbaguna Parit Sulong. Bagi menjamin keselamatan tetamu yang hadir dan kelancaran lalulintas, pihak sekolah telah meminta bantuan kor kadet polis sekolah. Seramai 10 orang ahli kadet telah terlibat didalam program tersebut bagi membantu kelancaran program. Tahniah kepada ahli kadet!

Monday, 14 January 2013

Perhimpunan Khas Ko-kurikulum Januari

Ahli-ahli kor kadet polis sedang mempamerkan persembahan mereka


Perhimpunan Khas Kokurikulum bulan Januari selamat dilangsungkan pagi ini disaksikan 1,100 pelajar dan 71 orang guru di Dataran Kejat. Pada kali ini, giliran platun Kadet Polis SMK Penghulu Saat untuk mempamerkan pertunjukan kawat yang mantap dan kemas, hingga mendapat pujian Pengetua SMK Penghulu, Encik Mohsin Ibrahim.